hi, welcome to my blog

Sabtu, 7 Januari 2012

BERMAIN DENGAN KALAJENGKING

my true life..

korang jgn x caye pulak ini adalah ibu saudara aq sendiri...

korang kenal tak ratu kala jengking?? iaitu NUR MALENA HASSAN...dia telah menyelesaikan prestasi untuk merebut gelaran "Scorpion Queen" dari Kanchana Ketkaew dari Thailand, yang tinggal bersama kalajengking selama 32 hari pada 2002. Malena orang pertama dari Malaysia menetapkan rekod dunia tahun 2001 dengan 2,700 ekor kalajengking selama 30 hari...Malena dikatakan disengat 17 kali selama berada didalam ruang kaca.."Saya senang untuk memecahkan rekod yang dimiliki Thai.Saya ingin membuktikan wanita2 itu dpt menetapkan arsip"katanya setelah keluar dari ruang kaca seukuran 12x10 kaki di pusat beli-belah Kuantan Parade di Pahang. Ada seketikanya, Malena ingin menyerah diri tetapi dia tetap teruskan dengan sokongan keluarga terdekat dan saudara-mara yang tinggal di Pahang.Semasa ingin memecah rekod dalam ruang kaca bersama dengan kalajengking Malena hanya dibenarkan ruangan itu hanya 15minit setiap hari untuk ke tandas dan memperoleh dorongan yang kuat dari ibunya dan pelatihnya Ali Khan.
Kadang kala Malena mengguna waktu 15 minit untuk tidur kerana dia hampir tidak tidur selama 4 jam sehari sejak kalajengking menjadi aktif pada malam hari.
antara gambar-gambarnya bersama dengan kala jengking.


ini waktu dia berada di balang kaca di Kuantan Parade pada tahun 2007 x silap aq,...




waktu pada sama korang percaya ni aq lg x percaya sebab first time jumpa dekat Kuantan Parade ayah aq x kenalkan dia dekat aq bila balik kelantan jer bru aq dpt tahu selama ni ade saudara-mara aq ade pecah rekod thailand. sekarang ni dia dah kahwin aq masih x dapat berhubung dengannya...dan aq mempunyai gambarnya semasa dia mendapat perhargaan dan sewaktu berada di Kuantan Parade..


JANGAN INGAT SEMUA ORANG SEMPURNA...KERANA TIADA YANG SEMPURNA BUAT KITA..

Ahad, 1 Januari 2012

BAHAYANYA BUNGA...JADI BERHATI-HATI...

my true life..

Racun boleh ditemui atau terdapat di mana sahaja. Paling banyak adalah terdapat di dalam tumbuhan. Di bawah ini saya senaraikan 5 tanaman yang paling beracun dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenainya.
Terdapat 5 tumbuhan yang diketahui paling beracun, iaitu:
1. Oleander
Pohon oleander atau Nerium oleander dianggap sebagai pohon yang paling beracun di dunia. Kerana seluruh bahagian tanaman mengandung racun dan terdiri daripada beberapa jenis racun. Tetapi racun yang paling berbahaya adalah oleandrin dan neriine yang mampu memberi kesan kuat pada jantung.
Namun begitu, pohon bunga ini sering digunakan sebagai dekorasi dan berasal dari daerah mediterania dengan tingginya mencapai 1,8-5,4 meter.
Jika kita menelan daun yang mengandung racun ini akan menimbulkan gejala diare, muntah, sakit perut yang terlampau teruk, mengantuk, pening, denyutan jantung tidak teratur serta boleh menyebabkan kematian. Jika seseorang yang terkena racun diberikan bantuan sebelum 24 jam, maka peluang untuknya selamat adalah tinggi. Biasanya pesakit disuruh untuk memuntahkan balik dengan menekankan perutnya atau memberikan ubat yang boleh digunakan untuk menyerap racun.
2. Water Hemlock
Pook water hemlock atau Cicuta maculata adalah sejenis tumbuhan yang menarik dengan daun ungu bergaris-garis putih serta berbuah kecil. Tanaman ini berasal dari Amerika Utara dengan ketinggian mencapai 1.8 meter serta tumbuh subur di sepanjang tepi sungai, dataran rendah dan padang rumput yang basah.
Racun yang terkandung dalam tumbuhan ini disebut sebagai cicutoxin yang ada diseluruh tumbuhan itu sendiri dan senang di serap oleh akar. Racun ini menyebabkan kekejangan serta kaku, mual, muntah dan tremor (getaran) otot. Sekiranya dapat diselamatkan selepas terkena racunnya tetapi pesakit akan menderita amnesia.
3. Rosary Pea (biji saga)
Pohon rosary pea atau Abrus precatorius adalah pohon yang memiliki bijinya yang cantik dilihat dengan perpaduan warna merah dan hitam, sehingga sering digunakan untuk perhiasan. Benih ini mengandung racun abrin dan amat berbahaya jika lapisan benih rosak atau tergores. Sebab itu pembuat perhiasan mudah terkena racunnya dibanding pemakai. Pokok ini bisa mencapai ketinggian sehingga 20 meter boleh didapati di seluru negara terutama negara beriklim tropika dan sub-tropika.
Racun abrin ini boleh membunuh, kerana kurang dari 3 mikrogram abrin atau tidak sampai satu biji sudah cukup untuk membunuh manusia. Gejala keracunan yang muncul adalah sukar bernafas, demam, mual, wujud cairan di paru-paru. Jika biji buah saga tersebut tertelan boleh menyebabkan mual, muntah, dehidrasi, gagal ginjal, hati dan limpa. Kematian biasanya terjadi dalam tempoh 3-5 hari.
4. Deadly Nightshade (Kecubung)
Deadly nightshade atau Atropa belladonna mengandung racun atropine dan scopolamine yang terdapat di dalam batang, daun, buah dan akar. pokok ini tumbuh setinggi 0,6-1,2 meter dengan daun hijau gelap dan berbentuk seperti loceng ungu. Bunganya akan mekar di pertengahan musim panas. Hanya ditemui pada beberapa wilayah di dunia.
Racunnya boleh mempengaruhi sistem saraf. Pada dos yang cukup, racun akan melumpuhkan hujung saraf dari otot seperti pembuluh darah, jantung dan otot gastrointestinal. Gejala keracunan yang timbul adalah jerawat membesar atau melebar, lebih peka terhadap cahaya, penglihatan kabur, sakit kepala, kebingungan dan kekejangan. jika ditelan 2 biji akan mampu membunuh seorang kanak-kanak, jika 10-20 biji pula mampu membunuh seorang dewasa.
5. Castor Bean (Jarak)
Pokok castor bean atau dikenali dengan Ricinus communis secara meluas digunakan sebagai castor oil dan juga sebagai tanaman perhiasan. Padahal tanpa kita sedari pokok ini sebenarnya mengandungi racun yang boleh membunuh manusia. Dulunya tanaman ini banyak ditemui di Afrika, tetapi sekarang ia boleh ditemui di seluruh dunia. Tanaman ini tumbuh dengan baik di kawasan tandus dan tidak memerlukan penjagaan khusus.
Sebagian besar racun biasanya terdapat di bahagian bijinya (bijinya seakan biji pokok getah) dan seandainya ia ditelan sebanyak 3 biji ia boleh membunuh seorang kanak-kanak. Gejala keracunan biji castor adalah seperti mual, kejang, sakit perut, muntah, pendarahan internal, kegagalan sirkulasi dan ginjal. Selain itu debu yang terdapat di benih ini juga boleh menimbulkan reaksi alergi seperti batuk, sakit otot dan sukar untuk bernafas.

MAKNA CINTA UNTUK ANDA..

my true life..
MaU TaHu aPa iTu cInTa?
<C> ="cEriA biLA Di PaNdAnG" 
<i>="iNdah biLa DiLiHaT" 
<n>="nikMaT BiLa bErSaMa" 
<t>="tAkUt aKaN KeHiLaNgAn" 
<a>=&quot;aBaDi BiLa sLiNg MeNgErTi haTy &amp; peraSaaN....


cinta sesuatu yang biasa dilalui oleh semua orang..jadi ia sesuatu yang istimewa buat seseorang yang laluinya..