hi, welcome to my blog

Rabu, 28 Disember 2011

ALATAN RADIO AMATUR MALAYSIA DAN LOGO RADIO AMATUR...

my true life..
ini pula alatan yang biasa digunakan dalam radio amatur... pelabagai jenis bentuk alatan juga dapat ditemui..
ini merupakan walkie-talkie yg digunakan ahli radio amatur apabila berada di mana-mana kawasan...biasanya ia wajib dibawa oleh ahli radio amatur..




ini merupakan antena radio amatur biasanya dipasang di kawasan rumah jika ada mahu melihat antena seperti ini anda boleh di perumahan taman mentiga,peramu jaya(pekan,pahang darul makmur) biasanya senang nk dilihat kerana ia sangat tinggi dan boleh nampak dari jauh..

ini pula logo yang mereka biasanya ada...
ini bagi terengganu..




ini merupakan logo diluar negara..




ini biasanya berada diseluruh kawasan pahang dan ayah aq merupakan salah satu dari nya dan aq x leh beritahu apa callsign nya jika ada masuk radio amatur mungkin anda akan tahu sesiapa sahaja......

AJAKLAH TEMAN-TEMAN ANDA SUPAYA MEMASUKI RADIO AMATUR MALAYSIA AGAR ANDA MENDAPAT BERITA YANG PENTING LEBIH CEPAT AGAR ANDA BOLEH BERHATI-HATI...

RADIO AMATUR MALAYSIA...

my true life..
korag tahu apa itu radio amatur?... mesti x tahukan ini yg nk beri tahu..yg tahu mesti x tahu selengkapnya. ini dia radio amatur..

Radio Amatur atau juga dikenali sebagai Ham Radio merupakan satu cara berkomunikasi tanpa wayar dengan menggunakan isyarat radio yang efektif selain dari menggunakan telefon bimbit dan Internet. Jutaan pengguna dari segenap pelusuk dunia memilih Radio Amatur sebagai satu hobi. Di Malaysia, pengendali hobi ini tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seseorang yang ingin mengendalikan Radio Amatur perlu menduduki peperiksaan Radio Amatur atau RAE. Umur minima bagi menduduki peperiksaan ini ialah 14 tahun sepertimana yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, organisasi yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran lesen dan isu-isu berkaitan dengannya.

Pengendali Radio Amatur hanya perlu membayar yuran lesen kategori masing-masing iaitu sebanyak RM24 setahun bagi kelas B dan RM36 bagi pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B yang hendak menaiktaraf kepada lesen kelas A yang membolehkan seseorang itu mengendalikan frekuensi yang lebih meluas dikehendaki untuk menduduki peperiksaan kod Morse pada kelajuan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Persatuan Radio Amatur tertua di Malaysia dikenali sebagai Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society melalui Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) telah ditubuhkan pada tahun 1952, sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi. Sejak dari tarikh itu, MARTS telah menjadi wakil Radio Amatur Malaysia di dalam Persatuan Radio Amatur Antarabangsa (International Amateur Radio Union) atau IARU, sebuah badan Radio Amatur yang ditubuhkan di Paris, Perancis sejak tahun 1925 dan dianggotai lebih 150 negara.

Terdapat lebih daripada 10 persatuan Radio Amatur di Malaysia yang boleh dianggotai oleh mereka yang mempunyai lesen Radio Amatur yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini tetapi belum mempunyai lesen, mereka boleh menyertai persatuan-persatuan radio amatur sebagai seorang pendengar atau lebih dikenali di dalam dunia Radio Amatur sebagai Shortwave Amateur Radio Listener (SWAL).

Menurut salah seorang penggiat hobi ini, Abdul Ssukur Ahmad, 45, "Komunikasi menerusi radio adalah unik dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain daripada dapat mengenali rakan-rakan di seluruh dunia menerusi suara, ketukan kod Morse dan pelbagai lagi aktiviti komunikasi Radio Ham yang lain, ia juga berguna sewaktu kecemasan, iaitu ketika perhubungan lain seperti talian telefon terputus atau sewaktu ketiadaan isyarat perhubungan telefon bimbit semasa menjelajah tempat terpencil seperti di kawasan hutan dan perhubungan".

Beliau yang memiliki callsign atau kod panggilan 9M2SY (disebut Nine-Mike-Two-Sierra-Yengki) merupakan seorang Elmer atau mentor yang membantu mereka yang baru mengenali Radio Amatur. Beliau turut membantu mendapatkan peralatan Radio Amatur untuk mereka yang berminat menceburi aktiviti ini selain menyediakan maklumat dan panduan seperti siri kartun Radio Amatur serta pautan kepada laman-laman web Radio Amatur lain dalam negara menerusi weblog beliau di http://abang9m2sy.blogspot.com. Mereka yang kurang mahir di dalam bidang teknikal turut boleh mendapatkan rujukan daripada beliau tentang cara yang betul untuk memasang peralatan radio mereka.

Abdul Sssukur yang telah terlibat dengan aktiviti Radio Amatur selama lebih daripada 15 tahun dan kini merupakan ahli seumur hidup Persatuan Radio Amatur Utara Semenanjung Malaysia (ASTRA) dan juga juruaudit kepada persatuan ini turut menambah, "Bagi mereka yang gemar membuat eksperimen dengan peralatan radio juga boleh menggunakan peluang ini untuk membina dan mengujikaji radio serta mendapat bimbingan daripada ahli Radio Amatur yang lebih berpengalaman.

ASTRA merupakan persatuan pertama di negara ini yang memiliki rangkaian pancar-ulang atau repeater yang menghubungkan seluruh Semenanjung Malaysia ketika ini. Selain ASTRA, persatuan lain yang bergiat aktif termasuklah Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES), Kelab Radio Amatur Negeri Sembilan (NESRAC), Persatuan Radio Amatur Sabah dan Kelab Radio Amatur Sarawak.

Menurut Abdul Ssukur lagi, "Radio Amatur sangat berkesan dalam memberikan informasi terkini tentang perkara yang sedang berlaku di sekeliling kita dan sekiranya berlaku kecemasan, kita mudah mendapatkan bantuan. Sebagai contoh, saya mendapat maklumat mengenai tragedi Tsunami melalui Radio Amatur lebih awal daripada media massa yang lain". Tambah beliau lagi, "Bukan sahaja saya menjadi antara orang pertama di dalam negara mendapat berita mengenai bencana ini, malah ia juga membolehkan kami dengan cepat mengambil tindakan seterusnya dengan lebih cepat".

Selain itu, pengendali radio juga sering bertemu dan kadang-kala mereka mengadakan pertandingan mencari arah dikenali sebagai Fox Hunting dengan menggunakan antenna Yagi dan Handy, suatu pertandingan yang hampir serupa dengan pertandingan mencari harta karun menggunakan peralatan tertentu seperti alat GPS atau Geocaching.

Mungkin ada yang berpendapat hobi ini adalah satu hobi yang mahal. Hakikat sebenarnya ia tidak semahal yang disangka. Dengan kos minima sebanyak RM600, seseorang boleh mendapatkan peralatan Radio Amatur dikenali sebagai Handy. Mereka yang mempunyai bajet yang lebih boleh memilih menggunakan Mobile Rig (untuk kereta) atau Base Station (Untuk rumah atau pejabat).

Tambah Abdul Ssukur lagi, "Langit bukanlah batasan kepada hobi ini, malahan ia menjangkau lebih dari itu. Isyarat-isyarat yang dipancarkan oleh pengendali dari seluruh dunia melantun dari setiap penjuru arah pada setiap masa umpama sebuah jaringan labah-labah gergasi yang tidak kelihatan oleh mata kasar. Tanpa kita sedari, jutaan pengendali radio amatur sendang menjalinkan persahabatan dengan cara yang unik ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Radio Amatur merupakan raja segala hobi!".



ini merupakan gambar radio amatur yg diambil....


ini biasa berada di kereta @ dipanggil mobile(dalam bahasa radio amatur).
dalam radio amatur)..dan ini merupakan sebahagian daripada alatan radio amatur...

Selasa, 27 Disember 2011

Goodbye #2011,Hello #2012

my true life..
lagi seminggu tinggal untuk ke tahun baru iaitu tahun 2012 tahun yang baru untuk jalani kehidupan kita seharian...seperti orang lain kata tahun lepas bagaikan buku lama atau diari lama perlu ditutup dan kita perlu buka buku baru dan meninggalkan segala dukacita disimpan dengan penuh harapan ia takkan berlaku lagi pada masa akan datang... tahun baru akan menjadi tahun yang hebat bagi seseorang itu nanti...tahun baru hari baru untuk kita...

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!!..

Sabtu, 24 Disember 2011

results sudah keluar...

my true life..
bagi mana-mana yang mengambil PMR telah mendapat keputusannya pada hari semalam iaitu 22.12.2011.. nasib aq lulus semua subjek bukan straight 'A' pun setakat lulus 'B','C' @'D' adelah tapi nasib baik x gagal dalam keputusan matematik walaupun tahap masih belum memuaskan hati ibu bapa @ aq sendiri jadi tahun depan aq cuba nak luluskan subjek mate ni walau macammana pun caranya, itu jika rajin berusaha..balik pada keputusan tadi sekolah aq dapat sorang jer yang dapat straight 'A' mmg patut dia dapat sbb bdax pandai... xleh nak kata apa-apa. x pe tahun ni tahun dia dpt ada lg dua thn sblm SPM plak itu bab ni yg plg aq risau sbb ni kwsn yang mendapatkan kerja wat kita yang tu aq risau aq x nak jadi cleaner ckp yg kat umah ni yg x habis buat..hihi..klau bab keje ni aq x kesah aq nk keje ape asal halal sdh nak ada jugak duit untuk kehidupan seharian..jgn merempat sdh.

HAI APA YANG AKU MEREPEK NI? APA-APA JELAH.. PESANAN AKU KITA PERLU MENYIMPAN DUIT KERANA SUATU MASA NANTI IA AMAT BERGUNA BUAT KITA DAN HARAP AKU BERJAYA DALAM SPM DUA TAHUN LAGI YANG SEDANG MENUNGGU AKU, HOPE ME SUCESS IN THAT EXAM AND HAVE A GREAT JOB.. <3

Selasa, 20 Disember 2011

gementarnya....

my true life..
arggg memang takut rasanyerr bagi bdax yang mengambil PMR tahun ni kerana results akan kuar pada 22.12.11! tarikh keramat bagi kami semua...bahaya.. mesti ramai yang akan menangis gembira @ sedih kerana results itu baik @ sebaliknya..cikgu biasalah memberi harapan yang tinggi kepada mereka kerana dapat masuk sekolah tinggi kononnya..(klau dapat masuk x dapat tahan dengan peraturan sekolah yang melambung, peraturan sekolah sendiri pun x berape nak ikut ni nak sekolah tinggi plak jangan harap sekejap jer bertahan tuu)berbalik pada yang tadi memang senang masa jawap soalan simple je katakan(jawap cepat sebab selebihnya tido jer memanjang dalam dewan periksa macam x tido malam semalam sebab duk ulang kaji jer).. jadi yang mengamil PMR bersiap sedia siapa yang mati dalam peperangan ini. jadi tunggulah saatnya dan kira dengan pelahan-lahan..

DOAKAN KAMI BERJAYA DALAM PMR AGAR TIDAK MENANGGUNG BEBAN MENDENGAR LETERAN IBU BAPA DAN KESEDIHAN MEREKA..
SERTA AGAR KAMI DAPAT HADIAH YANG LUMAYAN DARI KELUARGA KAMI...