hi, welcome to my blog

Rabu, 28 Disember 2011

ALATAN RADIO AMATUR MALAYSIA DAN LOGO RADIO AMATUR...

my true life..
ini pula alatan yang biasa digunakan dalam radio amatur... pelabagai jenis bentuk alatan juga dapat ditemui..
ini merupakan walkie-talkie yg digunakan ahli radio amatur apabila berada di mana-mana kawasan...biasanya ia wajib dibawa oleh ahli radio amatur..




ini merupakan antena radio amatur biasanya dipasang di kawasan rumah jika ada mahu melihat antena seperti ini anda boleh di perumahan taman mentiga,peramu jaya(pekan,pahang darul makmur) biasanya senang nk dilihat kerana ia sangat tinggi dan boleh nampak dari jauh..

ini pula logo yang mereka biasanya ada...
ini bagi terengganu..




ini merupakan logo diluar negara..




ini biasanya berada diseluruh kawasan pahang dan ayah aq merupakan salah satu dari nya dan aq x leh beritahu apa callsign nya jika ada masuk radio amatur mungkin anda akan tahu sesiapa sahaja......

AJAKLAH TEMAN-TEMAN ANDA SUPAYA MEMASUKI RADIO AMATUR MALAYSIA AGAR ANDA MENDAPAT BERITA YANG PENTING LEBIH CEPAT AGAR ANDA BOLEH BERHATI-HATI...

RADIO AMATUR MALAYSIA...

my true life..
korag tahu apa itu radio amatur?... mesti x tahukan ini yg nk beri tahu..yg tahu mesti x tahu selengkapnya. ini dia radio amatur..

Radio Amatur atau juga dikenali sebagai Ham Radio merupakan satu cara berkomunikasi tanpa wayar dengan menggunakan isyarat radio yang efektif selain dari menggunakan telefon bimbit dan Internet. Jutaan pengguna dari segenap pelusuk dunia memilih Radio Amatur sebagai satu hobi. Di Malaysia, pengendali hobi ini tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seseorang yang ingin mengendalikan Radio Amatur perlu menduduki peperiksaan Radio Amatur atau RAE. Umur minima bagi menduduki peperiksaan ini ialah 14 tahun sepertimana yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, organisasi yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran lesen dan isu-isu berkaitan dengannya.

Pengendali Radio Amatur hanya perlu membayar yuran lesen kategori masing-masing iaitu sebanyak RM24 setahun bagi kelas B dan RM36 bagi pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B yang hendak menaiktaraf kepada lesen kelas A yang membolehkan seseorang itu mengendalikan frekuensi yang lebih meluas dikehendaki untuk menduduki peperiksaan kod Morse pada kelajuan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Persatuan Radio Amatur tertua di Malaysia dikenali sebagai Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society melalui Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) telah ditubuhkan pada tahun 1952, sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi. Sejak dari tarikh itu, MARTS telah menjadi wakil Radio Amatur Malaysia di dalam Persatuan Radio Amatur Antarabangsa (International Amateur Radio Union) atau IARU, sebuah badan Radio Amatur yang ditubuhkan di Paris, Perancis sejak tahun 1925 dan dianggotai lebih 150 negara.

Terdapat lebih daripada 10 persatuan Radio Amatur di Malaysia yang boleh dianggotai oleh mereka yang mempunyai lesen Radio Amatur yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini tetapi belum mempunyai lesen, mereka boleh menyertai persatuan-persatuan radio amatur sebagai seorang pendengar atau lebih dikenali di dalam dunia Radio Amatur sebagai Shortwave Amateur Radio Listener (SWAL).

Menurut salah seorang penggiat hobi ini, Abdul Ssukur Ahmad, 45, "Komunikasi menerusi radio adalah unik dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain daripada dapat mengenali rakan-rakan di seluruh dunia menerusi suara, ketukan kod Morse dan pelbagai lagi aktiviti komunikasi Radio Ham yang lain, ia juga berguna sewaktu kecemasan, iaitu ketika perhubungan lain seperti talian telefon terputus atau sewaktu ketiadaan isyarat perhubungan telefon bimbit semasa menjelajah tempat terpencil seperti di kawasan hutan dan perhubungan".

Beliau yang memiliki callsign atau kod panggilan 9M2SY (disebut Nine-Mike-Two-Sierra-Yengki) merupakan seorang Elmer atau mentor yang membantu mereka yang baru mengenali Radio Amatur. Beliau turut membantu mendapatkan peralatan Radio Amatur untuk mereka yang berminat menceburi aktiviti ini selain menyediakan maklumat dan panduan seperti siri kartun Radio Amatur serta pautan kepada laman-laman web Radio Amatur lain dalam negara menerusi weblog beliau di http://abang9m2sy.blogspot.com. Mereka yang kurang mahir di dalam bidang teknikal turut boleh mendapatkan rujukan daripada beliau tentang cara yang betul untuk memasang peralatan radio mereka.

Abdul Sssukur yang telah terlibat dengan aktiviti Radio Amatur selama lebih daripada 15 tahun dan kini merupakan ahli seumur hidup Persatuan Radio Amatur Utara Semenanjung Malaysia (ASTRA) dan juga juruaudit kepada persatuan ini turut menambah, "Bagi mereka yang gemar membuat eksperimen dengan peralatan radio juga boleh menggunakan peluang ini untuk membina dan mengujikaji radio serta mendapat bimbingan daripada ahli Radio Amatur yang lebih berpengalaman.

ASTRA merupakan persatuan pertama di negara ini yang memiliki rangkaian pancar-ulang atau repeater yang menghubungkan seluruh Semenanjung Malaysia ketika ini. Selain ASTRA, persatuan lain yang bergiat aktif termasuklah Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES), Kelab Radio Amatur Negeri Sembilan (NESRAC), Persatuan Radio Amatur Sabah dan Kelab Radio Amatur Sarawak.

Menurut Abdul Ssukur lagi, "Radio Amatur sangat berkesan dalam memberikan informasi terkini tentang perkara yang sedang berlaku di sekeliling kita dan sekiranya berlaku kecemasan, kita mudah mendapatkan bantuan. Sebagai contoh, saya mendapat maklumat mengenai tragedi Tsunami melalui Radio Amatur lebih awal daripada media massa yang lain". Tambah beliau lagi, "Bukan sahaja saya menjadi antara orang pertama di dalam negara mendapat berita mengenai bencana ini, malah ia juga membolehkan kami dengan cepat mengambil tindakan seterusnya dengan lebih cepat".

Selain itu, pengendali radio juga sering bertemu dan kadang-kala mereka mengadakan pertandingan mencari arah dikenali sebagai Fox Hunting dengan menggunakan antenna Yagi dan Handy, suatu pertandingan yang hampir serupa dengan pertandingan mencari harta karun menggunakan peralatan tertentu seperti alat GPS atau Geocaching.

Mungkin ada yang berpendapat hobi ini adalah satu hobi yang mahal. Hakikat sebenarnya ia tidak semahal yang disangka. Dengan kos minima sebanyak RM600, seseorang boleh mendapatkan peralatan Radio Amatur dikenali sebagai Handy. Mereka yang mempunyai bajet yang lebih boleh memilih menggunakan Mobile Rig (untuk kereta) atau Base Station (Untuk rumah atau pejabat).

Tambah Abdul Ssukur lagi, "Langit bukanlah batasan kepada hobi ini, malahan ia menjangkau lebih dari itu. Isyarat-isyarat yang dipancarkan oleh pengendali dari seluruh dunia melantun dari setiap penjuru arah pada setiap masa umpama sebuah jaringan labah-labah gergasi yang tidak kelihatan oleh mata kasar. Tanpa kita sedari, jutaan pengendali radio amatur sendang menjalinkan persahabatan dengan cara yang unik ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Radio Amatur merupakan raja segala hobi!".



ini merupakan gambar radio amatur yg diambil....


ini biasa berada di kereta @ dipanggil mobile(dalam bahasa radio amatur).
dalam radio amatur)..dan ini merupakan sebahagian daripada alatan radio amatur...

Selasa, 27 Disember 2011

Goodbye #2011,Hello #2012

my true life..
lagi seminggu tinggal untuk ke tahun baru iaitu tahun 2012 tahun yang baru untuk jalani kehidupan kita seharian...seperti orang lain kata tahun lepas bagaikan buku lama atau diari lama perlu ditutup dan kita perlu buka buku baru dan meninggalkan segala dukacita disimpan dengan penuh harapan ia takkan berlaku lagi pada masa akan datang... tahun baru akan menjadi tahun yang hebat bagi seseorang itu nanti...tahun baru hari baru untuk kita...

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!!..

Sabtu, 24 Disember 2011

results sudah keluar...

my true life..
bagi mana-mana yang mengambil PMR telah mendapat keputusannya pada hari semalam iaitu 22.12.2011.. nasib aq lulus semua subjek bukan straight 'A' pun setakat lulus 'B','C' @'D' adelah tapi nasib baik x gagal dalam keputusan matematik walaupun tahap masih belum memuaskan hati ibu bapa @ aq sendiri jadi tahun depan aq cuba nak luluskan subjek mate ni walau macammana pun caranya, itu jika rajin berusaha..balik pada keputusan tadi sekolah aq dapat sorang jer yang dapat straight 'A' mmg patut dia dapat sbb bdax pandai... xleh nak kata apa-apa. x pe tahun ni tahun dia dpt ada lg dua thn sblm SPM plak itu bab ni yg plg aq risau sbb ni kwsn yang mendapatkan kerja wat kita yang tu aq risau aq x nak jadi cleaner ckp yg kat umah ni yg x habis buat..hihi..klau bab keje ni aq x kesah aq nk keje ape asal halal sdh nak ada jugak duit untuk kehidupan seharian..jgn merempat sdh.

HAI APA YANG AKU MEREPEK NI? APA-APA JELAH.. PESANAN AKU KITA PERLU MENYIMPAN DUIT KERANA SUATU MASA NANTI IA AMAT BERGUNA BUAT KITA DAN HARAP AKU BERJAYA DALAM SPM DUA TAHUN LAGI YANG SEDANG MENUNGGU AKU, HOPE ME SUCESS IN THAT EXAM AND HAVE A GREAT JOB.. <3

Selasa, 20 Disember 2011

gementarnya....

my true life..
arggg memang takut rasanyerr bagi bdax yang mengambil PMR tahun ni kerana results akan kuar pada 22.12.11! tarikh keramat bagi kami semua...bahaya.. mesti ramai yang akan menangis gembira @ sedih kerana results itu baik @ sebaliknya..cikgu biasalah memberi harapan yang tinggi kepada mereka kerana dapat masuk sekolah tinggi kononnya..(klau dapat masuk x dapat tahan dengan peraturan sekolah yang melambung, peraturan sekolah sendiri pun x berape nak ikut ni nak sekolah tinggi plak jangan harap sekejap jer bertahan tuu)berbalik pada yang tadi memang senang masa jawap soalan simple je katakan(jawap cepat sebab selebihnya tido jer memanjang dalam dewan periksa macam x tido malam semalam sebab duk ulang kaji jer).. jadi yang mengamil PMR bersiap sedia siapa yang mati dalam peperangan ini. jadi tunggulah saatnya dan kira dengan pelahan-lahan..

DOAKAN KAMI BERJAYA DALAM PMR AGAR TIDAK MENANGGUNG BEBAN MENDENGAR LETERAN IBU BAPA DAN KESEDIHAN MEREKA..
SERTA AGAR KAMI DAPAT HADIAH YANG LUMAYAN DARI KELUARGA KAMI... 

Jumaat, 11 November 2011

menu 1 malaysia

my true life..




Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat, Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ).Kuih bakul, nian gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada pulut. Makanan Tradisional Cina ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina.

kursus jalur lebar

my true life..
hari ni hari terakhir aq menjalani kursus jalur lebar hari aq belajar gunakan blog dengan lebih terperinci agar seang mcm2 boleh masuk...dapat juga sijil nnt untuk markah sekolah...harap2lah dpt sebenarnya..

Isnin, 24 Oktober 2011

my true life..
my favorite....

buah hati aq

my true life..
mungkin korang tertanya2 kan macammana muka buah hati aq... kan!!...  ari ni aq nak tunjuk muke dia



hensemkan!!!...
korang jangan pelik pulak bukan dia ade dua kepala tapi dia edit buat macam 2..

CINTA SEJATI MEMANG MANIS DAN BOLEH MENJADI PENAWAR HATI YANG LUKA MENJADI SEMBUH TETAPI APABILA SEBALIKNYA IA MENJADI PAHIT DAN RACUN BUAT HATI KITA YANG LUKA SEMAKIN PARAH KEPADA KITA....
JAGALAH HUBUNGAN KAMU DENGAN SI DIA..

Isnin, 17 Oktober 2011

seronok nyerr..

my true life..
sapa x pernah seronok  komen ulasan ini(sapa x pernah berseronok) hidup memamg memerlukan keseronokan yang datang dari segi fizikal @ mental.....apa yang aq maksudkan seronok sangat ni... baru2 ni aq n family kena gi bentong n kena melawat nenek kat sana sbb masuk hospital bentong jadi nak x nak kena pegi jugak kalau x nanti kene marah... hihihi....lepas 2 kami balik n salah jalan punyer pasal dapatlah gi genting sekejap tangkap gambar pas2 balik dah de dduk lame2 kat situ mane ade duit sbb situ mahal tau...(hotel boleh mencecah 2,000 untuk satu malam n family itu pun kerana tawaran pakej yang diberi..itu x masuk makan minum lagi tau....) lepas pusing2 kat situ kami kena balik umah sbb esok sekolah(sapa nak dengar ibubapa berleterkan)...dlm perjalanan baik kami berhenti kat bahu jalan sbb  nak tangkap gambar punyer hal kan .. (sbb waktu 2 awan turun jadi kami kat puncak  nampak permandangan yang indah n cantik lagi sbb awan 2 dah warna oren sbb pantulan matahari)...

MR.SIMPLE--SUPER JUNIOR

my true life..

Sabtu, 15 Oktober 2011

my true life..
Nur-Fatihin MdDin
teman hidup ku wat selamanya...
petunjuk:
1. fatihin(yang pakai baju domo merah)
2. fatin(yang duk kat bawah tu)
3. fatin hanani(pakai baju hitam)
4. fatiha ( yang pakai baju biru)
5. nur auni farini (yang kecik sekali 2)

BEST FRIEND FOREVER N SMILE ALWAYS.....

Khamis, 13 Oktober 2011

gembiranya

my true life..

haaaaah gembira rase hati ini buah hati chat (sapa x gembira buah hati sendiri rindu kat kita @sayang kat kita kan mesti kita gembira terloncat-loncat) aq ade buah hati yang paling ku sayang x nak sesuatu terjadi n membuat hubungan kami terputus.... (sapa x putus kecuali orang 2 x kenal cinta) jgn cari cinta x sejati plak..... nnt sakit jadi nyerrr... ade org mengadaikan cinta monyet ini membosankan dan x bahagia bersama pasangan jgn kate begitu mmg ade tapi itu bkn jodoh kita nak wat macamana kan..... ade juga kes kerana putus cinta nak bunuh diri itu jarang masuk akal(sebenar nyerr org yg nak bunuh diri ni xde otak) lebih baik jgn buat kan senang...... xde menyusahkan sesiapa termasuklah ibu bapa kita..sebut pasal buah hati mesti korang nak tau kan sapa buah hati aq jeng.. jeng.. jeng.... nama dia........ RAMADHAN..( nama penuh x leh bagi tau rosak maruah die nnt)jgn 2 bahaya bahana bkl berlaku jika buat begitu.... ini percayaan yg x@boleh diterima dek akal aq ngan dia hubungan kami 99% dalam love meter.... seronok nyerr

HARAP HUBUNGAN KAMI BERKEKALAN...
           RAMADHAN
             LOVE
           FATIHAH
BUAT SELAMANYA... INSYA-ALLAH

Rabu, 12 Oktober 2011

TOP GIRL... G.NA

my true life..

sakit badan!!!!...

my true life..
hari esok kami semua kene menghantar buku teks ini mmg menyakitkan buku teks bkn yang kecil2 n halus tapi tebal n besar2 haha... mmg gila nasib baik aq hantar separuh buku teks hari ini x banyak jugaklah aq bawak... selamat lah aq .....tapi itu hanya separuh selamat bkn semua seperti masalah aq... kerana aq tertukar buku teks agama dengan sapa ntah... tapi aq harapsesuatu yang baik bakal menjadi esok... haraplah... hihihi...... malam ni aaq melayan k-pop hitz  x buat ape2 nak ajak mkn KFC x leh sbb kewangan x stabil sbb aq nak gi lawatan pada minggu hadapan iaitu pada hari jumaat,sabtu,ahad... 3 hari 2 malam beb!!! sapa x nak kali pertama aq gi lawatan sekolah di kuala lumpur hanya 2 hari 1 malam mmg x best tapi aq ade pengalaman dalam bidang gi lawatan x lah aq wat pelikkan mase kat sane kecuali bdax laki mesti nak usha awek cun kat sane aq harap kat sane tgh2 nak usha x jadi nak usha sbb mase tgh usha x nampak lagi lepas tu barulah nampak rupa nyerr ngah usha pondan jalanan kan dapat padah buat malu jerr.... hihihihi(jahat nyerr aq ni... sabar2) hihihi

BE CAREFUL!!! AND STRONG YOUR HEART WHERE YOU GO

yahoo... lawatan sekolah

my true life..
yahooo... lawatan sambil belajar kali pertama aq di sekolah menengah bkn senang tau.. aq bkn mcm sekolah rendah dulu time ade lawatan jerr aq yang pertama yang tau.... baru lah bdax2 ni... dulu aq expect bab gi lawatan sekarang agak ssh macam tahun lepas ade lawatan gi terengganu aq baru tau dah tempat penuh aq ingat bleh lah gi tapi x dapat jugak.... nasib baiklah lawatan hanya untuk bdax tingkatan 3 tapi ade tingkatan dua pegi sbb ade 3 tempat kosong kene penuhkan... mase lawatan nanti aq duduk ngan anak cikgu sbb aq kenal ngan anak cikgu 2... sekali latihan ngan aq time taekwondo die tali pinggang hijau 1 aq biru 1 jadi leh jadi kawan sbb aq mmg rapat ngan die...(sebenarnyerr aq x tau die ni anak cikgu kaunseling aq kat sekolah pas2 baru aq tau lh lah aq ade kwn menjadi teman aq dlm bas x de lah aq dok ngan org yg x suka kan aq xn x menyusahkan aq... hhihi) sb kawan aq dok ngan geng dier aq ni bagaikan wujud dlm masalah dier saje contohnyerr bila diorang die ade masalah baru terhegeh2 cari aq... korang rase x ptt kan wat gitu kat aq.. sian kat aq.. tapi aq ni suka menyendiri tanpa ade org disekeliling aq sbb diorang x penah kisah aq ade @ x asalkan geng diorang ade...

JADI BIARLAH ORANG HORMATI KORANG JGN JADIKAN DIORANG KULI MCM AQ K...

bosan....

my true life..
kat sekolah hari ni mmg membosankan sbb x de progrm pass PMR ari ni kalau aq tau aq malas datang buat penat je aq gi.... aq malas gi esok tapi kene gi sbb kene hantar buku teks kat sekolah... sebenar nyerr dah hantar tadi tapi tertinggal plak 3 buah buku kat umah n 1 lagi masalah aq tertukar buku teks agama n menyebabkan aq dapat masalah kene cari buku teks aq.....mmg geram tul macammana aq blh tertukar yer mmg menyusahkan aq keluarkan duit esk nak bayar buku 2 tu yang buat aq giler bkn ckit plak tu nak bayar RM14.90 bkn senang aq ni duit banyak bila ayh aq ngah kaya yerlah.. time 2 baru tgh kaya..... sekarang masalah kewangan 2 yg menyebabkan aq mesti cari buku agama 2 bkn org lain... doa kan aq supaya jumpe buku agama 2 yer..

Selasa, 11 Oktober 2011

demam PMR

my true life..
hari isnin 10/10/2011 merupakan hari terakhir aq PMR... pada petang2 kami berkumpul di dewan terbuka nak dengar cikgu beri ucapan semoga berjaya n cara jawap walaupun kami semua tau cara nak jwp macamana cth: jwp kene tenang x blh gopoh,jgn tido semak kertas 2(tapi kat dewan periksa tido jugak walaupun kate jgn) hihihi lepas 2 kami semua seperti biasa kene gi dewan tapi sblm ke dewan berita gembira kami dpt yang pada hari esoknya jgn datang cikgu beri cuti sepatutnyer periksa lagi tapi kami bkn orang sarawak,cina,tamil atau orang pendalaman sabah sarawak sbb sekolah kami semua 100% melayu n xde sorang pun yg bkn agama islam.. jadi kami semua bersorak gembira ngan berita 2 sampai terloncat2 sbb dengar 2 saje.. aq anggap mcm demam PMR bagi calon yg mengambil nyerrr... pada hari esoknyerrr adik aq gi sekolah mcm biasa pg jer mesti ade perhimpunan harian bagi mengambil kedatangan n bacaan doa... adk aq ckp kat aq kat sekolah tadi xde sorang pun calon PMR datang sbb nak rehat sepuas-puas nyerr daripada menghadap cikgu,keje sekolah n dugaan di sekolah.. bagi kami semua itu hari yang mengembirakan dalam hidup... sapa nak dtg sekolah sorang tanpa ade rkn yang nak dtg n sembang2 ngan aq @ rakan2 lain..(aq lebih menyendiri dari bercakap kosong ngan rakan2.. kadang aq ade diorang anggap aq x wjd tu yang menjadi masalah aq) tapi baguslah x yah nak tunggu senang citer aq bagaikan bomba @ polis yang perlu menunggu masalah yang mereka hadapi baru nak mengadap aq tapi bila aq ade masalah x dilayan punyerr.... kalau aq x layan diorang kate aq sombong tapi diorang bila ade masalah ade aq sombong ade jugak aq datang membantu.. xde lah aq kate 'aq sicuk jgn kacau klau nak pegi gi sendirilah' tu yang biase diorang ckp kat aq kalau minta teman ker tandas @ mana2... kadang dianggap kuli peribadi diorang maklumlah diorang ni kan kaya aq ni sederhana orang nyerr jadi aq kuli peribadi secara x langsung n tanpa kerelaan aq plak 2....

JADI JANGAN JADI MACAM AQ PILIHLAH RAKAN YANG BOLEH MENJADI TEMPAT SUKADUKA KORANG...(MACAM AQ BLOG NILAH KAWAN2 AQ)


GOOD NIGHT FOR U...

huuuuh lamanya x bukak

my true life..
lame nyerr x bkk blog aq...(sebenarnya x de mase nak bkk sbb nak hala pada periksa PMR) maklumlah bende penting bagi hidup aq jadi kene tumpuan yg banyak..
lame jugak aq x bkk x silap 9 bln kot sbb sibuk ngan belajar ngan 2 folio perlu disiapkan.. dlm mase beberape bln..
rindu jugak x bkk blog... walaupun kurang pengikut tapi tapi leh baru belajar menggunakan blog... Insyaalah aq akan cuba update blog ni dengan pelbagai cara sekalipun k...

apalah nasib

my true life..

apalah nasib aq ni aq ingat kwn... tapi kwn buat x tau jer...tapi ade sorang yang aq xlblh lupe sbb die ni suka buat skt hati sepanjang sekolah rendah dulu die mmg cari pasal sepanjang hari kecuali cuti am n cuti sekolah... pernah jugak die curi harta yang susah nak dicari mana2 sekarang ni... mmg aq pernah buat hilang die punyer harta tapi dah bayar.. tapi dia buat x endah jer pas2 de x pulangkan harta aq die mmg menyusahkan.... ade jugak pernah terserempak die kat mana2 tapi aq x pernah lupe nama die(xblh bagi tau name nyer takut dier malu nanti hihi...) pernah sekali aq nampak dier kat kfc(xblh bagitau kat mane) dier buat x tau yang musuh zaman sklh dulu ade kat sebelah dier... time 2 rase nak bnh dier pun ade aq nampak dier jer macam gunung berapi yang nak muntahkan laharnya tunggulah nasib ka mmg aq beri nnt cume tunggu mase... aq akan buat dier menyesal selamanya hahaha..
hihi3 :)
jahatnya aq sabar2

BEBUAT JAHAT PASTI ADA BALASANNYA.....

dapat orang baru dalam keluarga

my true life..
Siti Rohani
pengatin baru..

baru2 ni bapa saudara aq kawin tema merah n pink lawa tu lawalah... yang paling x suke kene jadi org suruhan plak pada hari keesokkan harinya penat giler.... yang paling best sekali pengantin pun kene dera.. hihihi kene basuh periuk ,kuali.. kutuk orang lagi padan muka
pada hari ucu aq kawin(nama die hashim aq lebih panggil die ucu)
elektrik x da nasib baik kawasan kampung bolehlah masak kat belakang umah untuk masak nasi....
nak masak satu hal... nak hidupkan api lagi satu hal mmg menyusahkan nasib baik bukan aq yang buat org yang lebih dewasa buat (sebenaryerr diri sendiri yang rela kan diri untuk hidupkan api tapi orang kate bahaye sb takut kita yang terbakar bkn kayu tu).. hiihi
majlis sederhana saja yang paling best aq bleh pakai baju kebaya kesukaan ku wrna cream... untuk pengantin plak yang paling comel achik aq...

SELAMAT PENGANTIN BARU....

Ahad, 12 Jun 2011

my true life..
salah satu lagu kesukaan ku

lirik lagu... kesukaan ku...

my true life..

For all those times you stood by me 
For all the truth that you made me see 
For all the joy you brought to my life 
For all the wrong that you made right 
For every dream you made come true 
For all the love I found in you 
I'll be forever thankful baby 
You're the one who held me up 
Never let me fall 
You're the one who saw me through through it all 

You were my strength when I was weak 
You were my voice when I couldn't speak 
You were my eyes when I couldn't see 
You saw the best there was in me 
Lifted me up when I couldn't reach 
You gave me faith coz you believed 
Em everything I am 
Because you loved me 

You gave me wings and made me fly 
You touched my hand I could touch the sky 
I lost my faith, you gave it back to me 
You said no star was out of reach 
You stood by me and I stood tall 
I had your love I had it all 
I'm grateful for each day you gave me 
Maybe I don't know that much 
But I know this much is true 
I was blessed because I was loved by you 

You were my strength when I was weak 
You were my voice when I couldn't speak 
You were my eyes when I couldn't see 
You saw the best there was in me 
Lifted me up when I couldn't reach 
You gave me faith coz you believed 
I'm everything I am 
Because you loved me 

You were always there for me 
The tender wind that carried me 
A light in the dark shining your love into my life 
You've been my inspiration 
Through the lies you were the truth 
My world is a better place because of you 

You were my strength when I was weak 
You were my voice when I couldn't speak 
You were my eyes when I couldn't see 
You saw the best there was in me 
Lifted me up when I couldn't reach 
You gave me faith coz you believed 
I'm everything I am 
Because you loved me 

You were my strength when I was weak 
You were my voice when I couldn't speak 
You were my eyes when I couldn't see 
You saw the best there was in me 
Lifted me up when I couldn't reach 
You gave me faith coz you believed 
I'm everything I am 
Because you loved me 

I'm everything I am 
Because you loved me

Jumaat, 10 Jun 2011

misteri mona lisa

my true life..

SEBUAH potret lama berusia lebih 500 tahun yang digantung pada satu sudut dinding Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri yang membingungkan ramai pihak sehingga kini.

Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503. Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit. Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Selain kekaguman melihatkan hasil seni yang memukau, tanda tanya dan kebingungan pasti menerjah ke benak minda kebanyakan pihak yang memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu. Senyuman gadis itu aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman misteri Mona Lisa. Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan. Ketaksuban terhadap senyuman itu menyebabkan ia menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha menafsirkan makna di sebalik senyuman itu.

Sekecil-kecil sudut dalam lukisan berkenaan diteliti bagi membongkar rahsia yang menyelubungi wanita itu malah satu program komputer direka khas untuk mengetahui perasaan model terbabit ketika dia menyimpulkan senyuman seunik itu.

Program komputer dibangunkan Universiti Illinois dan Universiti Amsterdam itu membandingkan apa yang diimbas dengan pangkalan data berbagai ekspresi wajah manusia. Ia mengukur bentuk seperti lingkungan bibir dan kerutan sekitar mata untuk menghasilkan kesimpulan. Hasilnya, program mengenal emosi itu menyatakan bahawa wanita dalam lukisan Da Vinci itu berada dalam kondisi bahagia dengan peratusannya ialah 83 peratus gembira, sembilan peratus jijik, enam peratus takut dan dua peratus marah. Pada 2003 ilmuwan dari Universiti Harvard mengatakan, cara mata pemerhati memproses maklumat visual membuatkan senyuman Mona Lisa hanya tampak unik ketika seseorang memandang bahagian lain dalam lukisan itu.

Baru-baru ini pula, sekumpulan penyelidik Kanada cuba membongkar misteri dengan mengandaikan bahawa senyuman Mona Lisa itu sebagai tanda kegembiraan wanita berkenaan yang baru saja melahirkan anak keduanya. Andaian itu berdasarkan penemuan kumpulan pengkaji itu yang mengamati bahagian lukisan berkenaan menggunakan cahaya inframerah dan teknik tiga dimensi. Dengan teknik itu, mereka dapat melihat goresan cat lapisan demi lapisan dihasilkan Da Vinci selain menjumpai bahagian yang tidak dapat dilihat mata kasar, sebelum itu.

"Dari pengamatan yang sangat mendalam terhadap lukisan itu, jelas terlihat bahawa baju dipakai Mona Lisa dilapisi kain kasa lutsinar," kata Bruno Mottin dari Pusat Penelitian dan Restorasi Muzium Perancis. Kain jenis ini banyak dipakai wanita Itali yang sedang mengandung atau baru saja melahirkan anak pada abad ke-16.

Sebelum itu, bahagian berkenaan jarang diamati kerana dianggap terlalu gelap sehingga sukar dilihat mata kasar. Namun, dengan teknik tiga dimensi itu, dapat dipastikan model Da Vinci itu sedang memakai pakaian berkenaan selepas melahirkan putera kedua.

44697.jpg

Selain senyuman unik, satu lagi keistimewaan gaya lukisan Da Vinci menerusi potret berkenaan menyebabkan bebola mata Mona Lisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu. Akan tetapi, antara misteri paling utama dalam potret Mona Lisa untuk mengenalpasti siapa wanita itu sebenarnya.

Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini, isteri seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa yang digunakan bermaksud Madam Lisa.

Bagaimanapun, terdapat wanita lain yang dikaitkan sebagai Mona Lisa; selain Lisa Ghererdini, wanita yang turut dikaitkan sebagai model Mona Lisa ialah Isabella of Aragon, Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos. Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.

Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.

Bagaimanapun, teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi wanita. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!



FAKTA: Potret Mona Lisa

Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.

Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain. Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah Giocanda.

Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.

Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.

Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

Ahad, 8 Mei 2011

biodata selena gomez

my true life..
Selena Gomez
Latar belakang
Nama lahirSelena Marie Gomez
Lahir22 Julai 1992 (umur 18)
New York CityNew York,Amerika Syarikat
AsalGrand PrairieTexas Amerika Syarikat
GenrePop remaja
PekerjaanPelakonPenyanyi
Alat muzikPenyanyi, GitarDram
Tahun aktif2002 — kini
LabelHollywood Records
Kegiatan
berkait
Demi Lovato